DecENDber -.-

Sesuka hati aku je kan eja December jadi DecENDber. Ah sukahati  -_______- 


Ya, nampaknya begini la blog aku. 2 tahun dah buat blog. Dulu je 3-4 kali update post. Ni bila dah matang (peh ayat aku menyeramkan) dah jarang dah nak update update ni. Itew busy fangirling kat pakwe itew sebab diew entem tangat t-_-t

Semalam pi majlis kawen abang Mas. Nafsu nak kawen tu memang membuak-buak tapi apakandaya. Perempuan 16 tahun patutnya dah terror masak. Tapi aku ni .. adoi lah. Baru terkena minyak panas kat tangan sikit dah histeria -.- Takpe, aku akan pakai glove sebelum memasak bagi menggelakkan tragedi hitam berlaku yang akan menyebabkan suami isteri bergaduh sambil baring periuk, pisau, tong gas whatsoever bagai ah.



Azam tahun baru cuma satu, aku nak jadi yang lebih baik dari dulu :) 
Ah bye ah. Mengarut je aku taip ni.

Oh yeah oh yeah xD

Mari kita wish Happy Birthday untuk budak cacat ni ! xD


Wahahaha :D Dah besar dah kawan aku ni T_T Dah 16 tahun rupanya. Perangai macam .. terencat. Dah boleh sangat jadi duta Ribena. Sesiapa nampak orang kat bandar tengah terkinja-kinja, Mas lah tu :p

Semalam Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan. Boleh tahan best ;O Banyak sangat pameran sampai aku pun tak larat nak berjalan. Kalau jalan pun macam tak angkat kaki. Jalan tak angkat kaki? Hm mungkin aku bergolek untuk sampai ke destinasi.. -.-

And and and, aku dengan Jack jadi model separuh masa. Hahahahahaha k xD

Mungkin salah satu hobi Jack ialah membuat muka troll. You mad bruh? ;p

Pagi tadi aku jumpa Mas pastu peluk cium dia jap. Pastu kan pastu kan pastu kan, meja dia .. OMG. Her boyfriend tampal satu kertas sebesar meja dia pastu tulis Happy Birthday >.< Pastu ada hadiah. Sweet lah gila. Jelly ni D:

Happy 16th birthday Mas Liyana :')
Thanks sebab selalu raba perut aku yang buncit ni -.-
Thanks bagi aku makanan tatkala perut aku yang buncit ni meraung kelaparan -.-
Thanks for everything :'3


6 tahun berlesbo HAHAHAHAHAHAH K. Tipu je. Besh pwen okayh :3
Bye :3

Cara kami sambut Gawai :p

Hi Malaysia. Samat Ari Gawai buat semua yang menyambut. Terutama sekali family aku kat Sarawak sana :'D

Ini bukan family aku. Kot -_-

 Last year aku balik Sarawak sehari sebelum Gawai. Memang syiok ah. Haha. Bila malam je, orang dah start bukak meja. Berkumpul ramai-2. Kau tau dorang buat ape? Dorang berjudi bro. Judi. Depan rumah nenek aku pulak tu. Jadah -.-



Bila malam, ada kugiran. Dorang tak main ah lagu-2 Kpop ni. Takmain lagu Ombak Rindu. Dorang main lagu dangdut semua. Pastu kan, pastu kan .. semua orang berdangdut sekali kat depan pentas. Ahhh! Yang bestnya, dorang buat depan rumah. So, kalau terasa nak pergi kelab malam ke ..takyah susah-2. Depan rumah dah boleh. Bhahaha xD



Gawai dengan Hari Raya Aidilfitri sangat lain okeh. Kalau kat Johor, aku cakap "Eija nak beraya". Tapi kalau kat Sarawak, aku cakap "Eija maok ngabang". Haha :D Tapi lepas ngabang, tuan rumah tak bagi duit raya T.T Eheh. Yang bestnya, tuan rumah takkan marah kalau beraya 3-4 kali kat rumah dia. Best kannnn :D Makin dia ajak ada lah. Hehe.



Selama aku kat kampung nenek aku, agak bebas jugak la hidup aku -.- Setiap malam keluar rumah. Pastu balik masa tengah malam. Aku berdangdut ah ape lagi. Kat rumah jiran je pun. Makcik aku pun join sekali. HAHAHA :D

Nenek aku ! :D

 Orang mabuk memang ramai ah. Takyah cakap -.- Pakcik aku mabuk lagi hebat. Dia puji-2 bini dia. Abah aku cakap, orang mabuk ni dia cakap dari hati. Means dia cakap dengan ikhlas la. Haha.



Family aku kat sana semua Kristian. Abah aku je Islam. Nak makan pun kena jaga-2. Haritu kawan cousin aku makan ape tah. Aku ingat ayam panggang. Rupanya.................. babi panggang. K -_- Nasib baik aku tak lari pergi makan kat dapur. Hahaha

Kepala babi -_-

 Enough for today :> Aku sedih cos tahun ni takbalik. Kalau tak, mesti sekarang ni aku tengah bergosip dengan cousins aku. Hm :'( Samat Ari Gawai.



p/s : Aku rindu Mas. Uhuhuhu =3=

Family aku ikut adat Sarawak -.-'

 Ommo ommo

Haritu adik aku sunat. Guess what? Shit happened -.-

Haritu, aku baru balik sekolah. Aku baru jejak kaki dalam rumah, abah aku dah halau aku -.-
Then I was like ..what is going onnnnnnn? :O Apa dosa aku T^T

LOL. Rupa-rupanya adik aku terdampar kat ruang tamu. Baru lepas sunat.
Kelihatan kain pelikat tergantung menyorokkan dia punya tu -.-

Aku langsung takboleh dekat dengan dia. Langsung takboleh pergi ruang tamu T^T
Kalau nak masuk rumah pun, aku kena lari laju-2 sampai dapur -.- Serious, aku berlari :|

Then nak makan coklat pun kena nyorok-2. Takut adik aku nampak.
Lauk udang dengan sotong pun kena nyorok. Takut adik aku mintak.

Aku cakap kat abah aku, "Baik makan bawah meja" -.-'

Kesian adik aku, kena pantang makan. Tapi aku lagi kesian lah kot? =________=

Semoga adik aku cepat matang supaya dia boleh iron baju sekolah dia sendiri. Amin ._.

New year, new life :)


Happy New Year :D
Azam aku cuma satu .. aku nak jadi yang lebih baik dari dulu :3

Kehidupan aku dulu dah hancur D: Dah jadi abu D;;;
Dear me, sorry for everything ;(

Dear heart, sorry for the damages ;(
Dear brain, sorry for the bitter memories T.T
Dear stomach, sorry for the overloaded food -.- Aku selalu makan sampai perut buncit isk isk T^T

Aku taksangka aku akan jadi remaja 16 tahun D;
Mak aku cakap "4 tahun lagi Eija dah 20 tahun " sambil nganga mulut begini :O

Mak aku nak cucu mungkin - . - Ohmaigod :OOOO

Aku taktahu nak amek kelas apa tahun ni.
Yang pasti aku taknak amek RC memandangkan aku lukis manusia iras-2 jadi beruk -_-

Pssst ..nak tahu tak? Aku belum beli kasut sekolah hewhewhew saja cakap kbai :3

PMR :)

 Hikhiks :p

Hai hai hai hai adakah anda sihat di hari yang ceria ini? :D
Cuaca hari ni sangat baik. Okay tipu. Tadi hujan =.=

Dengan ini, secara sukacitanya serta gembiracitanya,
saya mengumumkan bahawa saya dapat 8A PMR :D

Yeayyy yeayyy jom berdansa ;D Kdiam.
Alhamdulillah ya Allah T.T


Tahukah anda, saya sangat tak percaya aku dapat 8A -.- Straight ass babeeee.
Padahal aku lah budak paling rajin tidur dalam kelas D;

Usaha berbaloi nampaknya.
Tak sia-2 aku bangun pukul 3 pagi untuk belajar Science then tidur balik  10 minit kemudian -.-

Tak sia-2 aku selalu tak siapkan kerja sekolah.
Tak sia-2 Mak Ning masak makanan berkhasiat untuk aku kat kantin.

Apa kaitan Mak Ning dengan result PMR aku? ==' Diam ah.

Aku dapat handphone baru, nama dia Corby II tapi saya panggil dia Baby Boo :p

Kbai =_=

Once upon a time ..


Hi semuaa \^OO^/ Mari dekat, mari dekat.
Harini saya nak ajar cara goreng telur dadar pakai Planta ala-ala Sheila Rusly.

Okay tipu je. Iklan tu buat aku lapar .__.
Sebenarnya aku nak cerita, haritu kan ..

Aku terbangun pukul 12.30 tengah hari ._. Ter okay, ter. TERbangun.
Aku rasa sangat cuak lalu bergegas turun ke dapur -.-

Nak tau apa jadi masa aku turun tangga? Nak tak? Nak tak nak tak nak tak? :3

Mak aku cakap " Hooo hebat hebat ! Tepuk tangan semuanya ! "

Aku mamai, so aku sengeh je lah -.-

Fine, semua family aku tepuk tangan tanda menganjeng. Then abah aku boleh cakap 
" Tahniah, anda telah memenangi Jubli Emas ! 7 hari berturut-turut "

Why daddy, why? D;
Eija baru bangun lambat sehari >.< Manada 7 hari berturut-turut -.-

Bangun lambat pun boleh menang Jubli Emas. Hebat kan abah aku? Hebat kan?
Actually aku taktau pun apa itu Jubli Emas o.O

Kbai :3
Counting days :|

2012

 Honggi :3
Dah dekat 16 tahun aku bernafas kat bumi ni.
Memang ada sekali sekala serangga masuk lubang hidung, tapi aku masih hidup ><

Kadang-2 memang aku rasa nak masuk balik dalam perut mak aku. Sambung hisap jari kaki.
Tapi aku dah besau D:

Azam aku cuma satu, aku nak jadi orang yang lebih baik dari sekarang :')

Lagi dua tahun dah nak habis sekolah, aku kena cipta banyak kenangan dengan member >.<
Nanti dah kahwin, siapa lagi yang nak temankan aku buat kerja gila =.=

10 tahun akan datang, mungkin aku dah ada kerjaya dan ada calon suami.
Nampak tak? Nampak tak aku miang kat situ =.=

Kbai :')

Takut nak amek result.

Wuwuwuw T_T


Hai semua. Harini aku hidup macam biasa.

Aku bukak tv pastu basuh pinggan pastu tidur pastu aku pastu pastu okay diam.
Ada sesuatu telah membuat aku merana -.-

Ramai orang suka buat benda yang aku taksuka --'
Aku tak kata aku cerewet, no no no (geleng kepala laju-laju)

Aku cuma ..cuma ..aku cuma taksuka orang kacau life aku -.-'

Contohnya macamni ..kalau orang tu tahu aku suka Aaron Aziz,
Mesti dia kecoh.

" Wea kau nak tau tak, Eija tu kan, dia kan, dia suka Aaron Aziz ~ "
(sambil tepuk bahu member ala-ala Mak Gayah)

Siap kecoh kat Facebook. Malulah aku kalau Aaron Aziz tau nanti.
Mesti bini dia tengah lipat lengan baju nak hentam sama aku ni --'

Okay, mengarut jap. Itu contoh semata-mata.

Aku taksuka orang sibuk pasal life aku, melainkan aku yang bagitahu pasal life aku sendiri.
Aku taksangka ada lelaki busybody dalam dunia ni.
Nama dia .. A _________ . Siapa agaknya?

Mungkinkah Adi Putra? Sahabat baik Aaron Aziz.

Ayuh berhenti melalut. Aku stress dengan masalah.
Konklusinya di sini, jangan sivuk hal ovang voleh tak?
Bai :/

Tenenenenene !

6 orang tag aku nak tahu pasal 11 benda berkaitan dengan aku -.-



Bagi lapan je boleh tak? Takboleh ek ._.

9. Aku kuat makan.
10. Aku makan dengan kuat.
11. Makan itu hobi aku.

Cukup 11 kan? :p

Saya malas nak jawab soalan lain. Boleh tak? =.=
Bukan korang baca pun :p

I'm dying -.-

Blog is under construction -.- Aku kerja buruh kasar part time kat blog aku.

Kalau nampak benda pelik-2 kat blog aku ni, baca ayat Kursi 3 kali.
Pastu tekan X.

Ngeh ngeh. Kbai :O

Speechless -.-


Ada banyak benda aku nak cerita ni ! :O

Haritu kan, aku pergi Family Day kat Melaka ;O 
Masa otw nak balik tu ..

Aku ternampak sorang apek. Dia driver lori.

Dia ..bukak seluar.
Dan ..aku taksengaja nampak punggung dia .________.

Aku rasa dia nak kencing dalam botol sebab tangan kanan dia pegang botol.
Damn, aku takpernah tengok benda porn real life !

Tapi, apa dah jadi dengan aku? D;
Mata aku dah tertengok punggung orang D;
Btw, punggung dia gebu dan putih. Oops xD

Fine lah, mari kita tukar topik bodoh ni ._.
Aku nak bagitau satu benda ..
Mak aku pelik -.-

 Pantang nampak benda yang berkaitan dengan kahwin-2,
Mesti tanya aku pasal kahwin -.-

Why mummy, why? Taksabar nak cucu ke ._.
Mak nak tengok ke buah hati Eija? ._.
Comelnyaaaa dia ni ;D
Rasa macam nak cium dia bertubi-tubi ><

Okay bai ._.

Lifeless.

I'm a rock star ! Jom goyang kan pinggul ke atas dan ke bawah ;D

 Yong Hwa sayang ~ Haha xD

Man, can someone please tell me what is the meaning of life?
Sejak cuti sekolah ni, aku reti 3 benda je.

1. Tidur
2. Makan
3. Online
4. Kemas rumah.

Oh, ada empat -_- Tapi yang nombor 4 tu macam tipu je kan.
Nak buat macam mana, jari aku dah tertaip. Reda je lah -_-

Bila nak naik sekolah ni? :(
Aku rindu nak pakai kain.

Aku pakai kain tapi masa kat kelas, kaki letak atas kerusi sambil belajar.
Kongajo kann?

Like I said, I'm a rock star :P

Kawan-2, hargailah setiap detik kat sekolah menengah ni.
Masa dah kerja nanti, dah kawen nanti, confirm korang terkenangkan semua benda.

"Eh dulu aku pernah dapat E dalam paper KH ah hihihi bangganya bangangnya "

Boleh cerita kat anak-2 atau cucu-2.

"Dulu nenek lawa masa kat sekolah. Selalu jadi rebutan para jejaka tampan "
Cucu pasti akan kagum dengan kita !

Ataupun bercerita kat suami..
"Bang, dulu saya ni pernah hilang dara "

Confirm wea masa malam pertama jugak kau kena cerai kalau cakap gitu hahaha :D

Apa aku mengarut?

Kbai -.-
Cerita ini hanya rekaan semata-mata.
Majulah sukan untuk negara.

This is what we call Karma -.-


Kalau kau terjatuh longkang sebab terlanggar rumput,
Cuba fikir apa dosa yang kau dah buat.

Jangan maki rumput tu.
" Selaka punya rumput. Orang besar nak lalu ni ! "

Mungkin kau jatuh longkang sebab kau dah buang sampah kat dalam longkang ke.
Who knows? ;)

Semua benda ada hikmah do. Takpayah nak maki hamun.
Eh, aku terasa lah >_< Sendiri taip sendiri terasa -_-

Kalau jari berdarah, cuba fikir apa dosa kau.
Mungkin kau dah tercucuk punggung kawan kau then kawan kau sembelit seminggu.

Kalau kau menangis, cuba kau fikir lagi.
Mungkin kau dah buat someone menangis.
WHO KNOWS?

What you give, is what you get back.
 Sorry kalau ada error -.-

Kita akan dapat balasan di atas apa yang kita kerjakan tak kira lambat / cepat.
Cuma kita taksedar pembalasan tu sedang / akan berlaku ;)

 Sorry aku taip entah pape -.-

K B A I :D

Cinta monyet.


Pernah kah anda melihat monyet mengawan?
Sangat romantik bukan?

Cuma buat bunyi uuk-uuk-aak-aak,
Dah dapat seekor awek monyet cun melecun.
Makin lebat bulu dia, makin cun lah dia xD

Betul kata orang tua-2, cinta monyet tak kemana.
Tapi, aku remaja. Aku takpercaya semua benda tu.

Eh hello, ada orang bercinta masa sekolah menengah,
Pastu bila dah besar, dorang kawen.
Bila dah kawen, tercipta lah memori indah yang bernama malam pertama.

What the hell -.-

LOL. Whatever. I don't give a damn.
Cinta monyet ke cinta muka buku ke,
Kalau dah jodoh, tak kemana sia :)

Kbai.

I'm addicted to Kim Jun :P

What the hell -.-

 Aku tak smoke -_-

Sekolah makin boring -.-"
Daripada pagi sampai petang, takda hala tuju.

Zureen cakap : Kitorang dah takda hala tuju dah ni cikgu.
Cikgu Halim respon : Aaaaa =.= Jangan langgar pokok, jangan langgar pintu.

Nasihat ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu perkara yang pointless -.-!

* * *

Adalah sesuatu perkara yang bodoh sekiranya kau dan pihak musuk bergaduh,
hanya kerana berebutkan seorang lelaki/ perempuan.

Macam orang takda life.
Cuba jadi cool macam aku -.-

Kau rampas pakwe ku, ku tunggu jandamu.
Apabenda aku taip ni =____='

To be honest, aku semacam rimas. Rimas dengan apa pun aku taktau lah kan -.-'
Mungkin aku rimas dengan bulu roma aku yang tumbuh dengan lebat kat tangan ni -_-
Kita jarang dapat apa yang kita mahukan,
Tapi kita selalu dapat apa sebenarnya yang kita perlukan :]

Takpayah nak demand sangat lah kan. Allah tu Maha Mengetahui apa yang kita perlukan.

Post mengarut nampaknya. Kbai.

Seronokkan jadi perempuan? :)


Aku rasa life aku makin okay kot. Tak percaya?

^_____________________________________________^

Nampak kan nampak kan nampak kan aku senyum macam mana :D

Haha :) Happy lepas jumpa ayat ni ..

" Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis 
kerana Allah mengira air matanya "

Via Heliza Helmi :P Aku potong sikit ayat dia -.-

Boys, kalau taknak didoakan supaya mati kena langgar lori sampah,
Jangan buat perempuan menitiskan airmata.
Lagi-2 kalau awek kuat melalak tu, habis ah :D


Seronok kan jadi perempuan? Allah sayang kita woo.

Haa, kemudian, sejak habis PMR ni,
Aku rasa aku dah gatal.

Nak kawen.
Anak ustaz yang diminati, saya suka awak. Jom kawen :3
Aaaaa handsomenya dia. Cantiknya pegangan agama dia :/

Makan kayu patah gigi,
Aku dah ngantuk gila dah ni.

Kbaii :D
 Selamat Hari Rabu, dunia :')

Freeyiyyyyiiyyyy :D


PMR dah habiss. Seriously, rasa macam dah habis sekolah.
Padahal baru habis PMR je pun =______=

Yeayy lepasni boleh bangun lambat ! Boleh tidur selalu ! Yeayyyyy ! :D
Boleh makan > tido > berak > makan > tido > berak balik :D

" Ja, kau tu anak dara! "

Halamak, ada suara imaginasi lah. Kau dengar tak suara tu? -__-'
Dia kata aku anak dara wuuuu :O

Aku kisah apa, aku nak makantidurberak jugak x(

By the way, masa tengah Tumblr-walking, terjumpa ayat ni. Awwwhh I love it >.<
" I chose to love you in silence because in silence, I find no rejection.
I chose to love you in loneliness for in loneliness, no one owns you but me. 
I chose to adore you from a distance for distance will shield me from pain.
I chose to kiss you in the wind for the wind is gentler than my lips. 
I chose to hold you in my dreams for in my dreams.. you have no end "
 
I'm sleeeepaaaayyy ;( Jam dah dekat pukul 3.30 pagi.
Good morning eberibadi. Jangan lupa gosok gigi sebelum breakfast.

Kbai -_____-

PMR is killing me oh demmit -_-


Dah 3 hari PMR. Tinggal lagi 3 paper.
Taksabar lah weyy nak buang semua buku -_-'
Kasik adik aku pulak muahahaha ! #ketawasetan
 
Demm ah Science. Aku benci Science =_='
Soalan senang pun aku garu-2 kepala carik idea -___-

Disebabkan nak control macho,
Aku tulis je la pape yang aku tahu ikut sedap pen aku je.
Konon ah tahu jawapan. Padahal zero.



Tak syiok ah PMR. Nak tidur takleyy.
Baru letak kepala atas meja, pengawas dah usap-2 badan aku -.-'
Aku belum sempat nak baca doa tidur lagiii dia dah datang -___-
Kacau daun -,-

Gahhh I'm not feeling well *cough*
Sakit tekak. Macam suara kucing jantan pun ada. *cough again*

Kbaii. *coughcoughcough*

Gediknya taip cough banyak kali -_-

It shouldn't hurt anymore but it does :/


PMR is around the corner and I'm still sitting here, 
updating my blog -.-'
I cried just now. Yeah you know the reason :)

Kenapa aku speaking tetiba ek ek ek :D Gedik tak? Boo yeah! -.-'
SoRrY kAlAu eNgLisH KiTe mAcAm miNah RewMpetZ xD

Ehem. 

Ada sesiapa tau kenapa aku ngantuk bila bukak buku? 
(padahal baru 5minit belajar)
Ada orang santau aku ke ni? D;

Kepada semua budak form 3 yang kenal dengan aku ..
dan yang sakit hati dengan perangai aku yang kononnya terjal ni ..

Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki :)

Sorry kalau aku tergigit pipi korang, 
tertendang punggung korang,
terlempang muka korang,
tercalarkan hati korang ..
Sorry for everything okay :')

Wish me luck for my PMR. May Allah bless us :')